Bedah Siasat Sahkan Kanak-Kanak Tiga Tahun Mangsa Dera

Diterbitkan: Jumaat, 1 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis berkata bedah siasat ke atas kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang mati di kediamannya di Semenyih semalam mengesahkan budak itu adalah mangsa dera.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata hasil bedah siasat tersebut di Hospital Serdang mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat terkena benda keras dan pendarahan di kepala selain lebam di bahagian dada, tangan dan kesan rotan di kaki.

"Menurut doktor, terdapat dua kesan dera, yang terbaru kesan baru dua hari dan yang lama sudah seminggu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Muhammad Irfan Raiyan Muhammad Shahn ditemui tidak bernyawa, oleh ibunya, ketika mahu mengejutkan anaknya itu, yang tidur, untuk mandi pada pukul 11 pagi semalam.

Ab Rashid berkata ibu mangsa seorang suri rumah berusia 25 tahun akan dipanggil untuk soal siasat mengikut seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan