Polis N.Sembilan Tubuh Pasukan Siasat Dakwaan Pengerusi MyWatch

Diterbitkan: Khamis, 31 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat tohmahan Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia(MyWatch) R. Sri Sanjeevan baru-baru ini yang mendakwa polis mengugut untuk menembaknya kerana mendedahkan aktiviti perjudian siber di Jelebu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Hamdan Majid berkata Sanjeevan dalam laporan polis yang dibuat pada 29 Januari lepas, juga mendakwa polis daerah Jelebu melindungi aktiviti perjudian di daerah itu.

"Dia mentohmahkan bahawa semasa dia berada di lokasi di mana dilaporkan wujudnya aktiviti perjudian ini telah datang tiga anggota polis tetapi tiga anggota polis ini tidak mengambil sebarang tindakan," katanya pada sidang media di sini Khamis.

Katanya pasukan itu akan menyiasat dakwaan itu secara terperinci bagi memastikan kesahihannya.

Dalam pada itu, Hamdan menafikan polis melindungi pusat perjudian di Jelebu dengan menegaskan polis melakukan 66 serbuan pada 2011, 153 serbuan pada 2012 dan 12 serbuan pada Januari tahun ini.

Berhubung dakwaan anggota polis yang datang ke lokasi perjudian tidak mengambil sebarang tindakan, beliau berkata mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 atau Akta Rumah Judi Terbuka 1953, hanya pegawai polis berpangkat inspektor ke atas sahaja boleh masuk premis dan buat serbuan dan rampasan.

"Jadi, kehadiran ketiga-tiga anggota polis di situ jelas menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa...kalau perjudian siber kita memerlukan pakar judi yang pakar dalam bidang siber, tapi di daerah Jelebu kita tidak mempunyai pakar siber.

"Jadi, kalau maklumat diterima malam tu secara tiba-tiba saja, jadi kita tidak dapat membuat persiapan (dapatkan pakar siber) sebagainya...kita kena buat perancangan dan barulah mengambil tindakan supaya serbuan yang dilakukan itu mendatangkan impak positif," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan