Polis Kenal Pasti Beberapa Lagi Individu Terlibat Sindiket Jual Bayi

Diterbitkan: Khamis, 31 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis mengenal pasti beberapa lagi individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak di utara Semenanjung baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis yakin akan menahan mereka yang dikenal pasti itu dalam tempoh terdekat.

"Setakat ini belum ada tangkapan baharu dan kes itu masih dalam siasatan.

"Saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut kerana ia dalam siasatan tetapi apa yang saya boleh maklumkan ada beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat (dengan sindiket itu)," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bacaan Ikrar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontijen Pulau Pinang di sini Khamis.

Khamis lepas, Polis Pulau Pinang membongkar sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang aktif di utara tanah air dengan penahanan 33 individu berumur antara 23 hingga 52 tahun bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata pihaknya mendapat petunjuk baharu berhubung dua tahanan iaitu Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, yang meloloskan diri daripada tahanan polis ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth, baru-baru ini.

Katanya berdasarkan maklumat yang diperoleh itu, pihaknya percaya akan dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat.

"Ops Kesan Gelugor masih diteruskan dan usaha memburu mereka giat dijalankan, polis ada maklumat mengenai mereka tetapi saya tidak boleh maklumkan lebih lanjut...InsyaAllah dalam tempoh terdekat ini (tahan mereka).

"Dua tahanan itu masih berada di negeri ini dan kita telah mengehadkan kawasan yang dipercayai mereka berada," katanya.

Dalam kejadian 9 pagi pada 7 Jan lepas, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi iaitu Mohd Fairuz Adam, 31, dan Mohd Noor Mustafa, 28, ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada 10 Jan.

Dua hari kemudian polis menahan Mohd Farid Akhtar, 24, ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Semang dan Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, pula menyerah diri di Pasar Awam Penanti manakala Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, ditahan di sebuah kafe Internet di Berapit, Bukit Mertajam di sini. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan