Rangka Wanita Ditemui Berhampiran KLIA

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota polis melakukan pemeriksaan di rimbunan pokok mengkuang selepas menemui rangka seorang wanita tanpa kepala berdekatan Pusat Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang  kra-kira 11.30 pagi Selasa.
Rangka dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. -Foto BERNAMA.
Anggota polis melakukan pemeriksaan di rimbunan pokok mengkuang selepas menemui rangka seorang wanita tanpa kepala berdekatan Pusat Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kra-kira 11.30 pagi Selasa. Rangka dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. -Foto BERNAMA.

SEPANG: Rangka seorang wanita tanpa kepala ditemui pada rimbunan pokok mengkuang berdekatan Pusat Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Selasa.

Rangka itu ditemui seorang pekerja pembersihan Sukirno Sukar, 53, pada pukul 11.30 pagi.

"Saya merasa pelik kerana mayat reput itu tidak mempunyai kepala. Saya memeriksa kawasan sekeliling dan jumpa kepala wanita itu tergantung pada pokok serta diikat dengan tali," katanya kepada pemberita.

Turut ditemui bersama ialah pasport dipercayai milik wanita itu, kad kredit dan sejumlah wang kertas China.

Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abdul Rahman ketika dihubungi berkata siasatan awal mendapati tiada tanda hentakan atau kecederaan pada bahagian kepala mangsa. "Peringkat awal polis klasifikasikan sebagai kematian mengejut, mayat dah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, kemudian akan lihat hasil bedah siasat sama ada kematian mengejut atau sebaliknya," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan anggota keluarga atau rakan supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan