Polis Tahan Dua Lelaki Dalang Kes Pecah Rumah Sekitar Klang Utara

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Polis menahan dua lelaki dipercayai dalang kes pecah rumah di sekitar daerah Klang Utara di sini, termasuk seorang daripadanya dilepaskan dengan jaminan mahkamah bagi kes yang sama, lapan hari lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata kedua-dua suspek itu yang masing-masing berumur 27 dan 28 tahun ditahan pada 3 petang Isnin lepas di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Meru di sini.

Beliau berkata kedua-dua mereka yang dipercayai aktif melakukan jenayah itu sejak tiga bulan lepas, ditahan selepas berada dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta jenis Proton Persona di hadapan pasar raya terbabit.

"Ketika pihak polis menghampiri kenderaan suspek, seorang daripada mereka bertindak menghidupkan enjin kereta dan melarikan diri malah turut melanggar dua buah kereta lain," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini Rabu.

Thaiveegan berkata polis mengekori kereta suspek sejauh 200 meter dan memintas kereta mereka, yang membawa kepada penemuan 28 gugus anak kunci, sembilan telefon bimbit, sepucuk pistol tiruan, sarung muka warna coklat, sebilah pisau bersarung, dompet dan kad pengenalan serta lesen memandu.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati kad pengenalan dan lesen memandu yang dirampas milik seorang pengedar alat ganti mesin di sini, yang merupakan mangsa kes pecah rumah di Bandar Baru Klang pada awal pagi 28 Januari lepas.

"Berdasarkan laporan polis mangsa kehilangan sebuah kereta BMW 5 Series, wang tunai serta sebuah telefon bimbit bernilai lebih RM130,000 yang dilarikan suspek terbabit.

"Hasil soal siasat ke atas kedua-dua suspek membawa polis ke kawasan tempat letak kereta berhampiran sebuah kondominium di Taman Rahman Putra, Seksyen U20 di sini dan berjaya menemui semula kereta BMW milik mangsa," katanya.

Mengulas lanjut, Thaiveegan berkata polis percaya sebanyak 10 kes pecah rumah dapat diselesaikan hasil tangkapan kedua-dua suspek yang turut terbabit dengan sindiket penjualan kereta curi itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan