Polis Rakam Percakapan Lima Individu Siasat Dakwaan William Didera

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis mengambil keterangan lima individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan William Yau Zhen Zhong, 6, pernah didera sebelum dia hilang dan ditemui mati Khamis lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka Supt P. R. Gunarajan berkata kelima-lima individu itu ialah moyang, datuk saudara dan bapa saudara William serta seorang lelaki dan anak perempuannya yang juga jiran kepada moyang kanak-kanak itu.

Beliau berkata rakaman percakapan itu dilakukan empat pegawai masing-masing dua dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di rumah moyang William di Batang Melaka, Jasin dekat sini, petang Selasa.

"Rakaman percakapan kelima-lima individu berkenaan dijalankan selama empat jam bermula 3.30 petang hingga 7.30 malam," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Rabu.

Gunarajan berkata polis juga akan memanggil dua lagi individu termasuk nenek William, Chee Chou Moi, 68, bagi membantu siasatan kes itu.

"Buat sementara ini kami belum memanggil nenek William untuk merakam keterangan kerana dia masih bersedih dengan kejadian menimpa cucunya," katanya.

William, anak kedua pasangan Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, dilapor hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Pada 24 Januari, mayat seorang kanak-kanak lelaki lengkap berpakaian ditemui di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang dan laporan awal DNA oleh Jabatan Kimia mengesahkan mayat kanak-kanak lelaki itu adalah William. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan