Seorang Lagi Mangsa Sindiket Jual Bayi Diselamatkan - Berita Jenayah | mStar

Seorang Lagi Mangsa Sindiket Jual Bayi Diselamatkan

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya menyelamatkan seorang lagi kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun dan menahan sepasang suami isteri dalam satu serbuan di Bukit Mertajam malam Isnin. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pasangan berusia 50-an itu dipercayai pembeli kanak-kanak itu.

Tangkapan terbaru itu menjadikan keseluruhan 36 orang yang ditahan, termasuk seorang doktor dan seorang penjawat awam dari Jabatan Pendaftaran Negara, katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Ops Pintas Sayang membabitkan 25 pegawai dan anggota polis yang dilancarkan untuk menjejaki individu terlibat dalam sindiket terbabit, menahan 33 orang minggu lepas, diikuti penahanan seorang lagi suspek Ahad lepas.

Pada 24 Januari lepas, polis Pulau Pinang berjaya membongkar kegiatan menjual bayi dan kanak-kanak yang bergerak aktif di negeri ini, Kedah dan Perak serta menyelamatkan lapan bayi serta seorang kanak-kanak berusia dua bulan hingga lapan tahun. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan