Polis Tahan Enam Lelaki, Rampas Heroin Bernilai RM129,300 Di Kuantan

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis Pahang menahan enam lelaki yang dipercayai pengedar dadah dan merampas hampir dua kilogram dadah jenis heroin bernilai RM129,300 menerusi empat serbuan pada Rabu dan Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata serbuan pada Rabu lepas adalah yang terbesar membabitkan 1,336.98 gram heroin bernilai RM90,000 di sebuah rumah di Taman Sri Mahkota Aman, di sini.

Dalam serbuan 6 petang itu, polis turut menahan seorang penganggur berusia 44 tahun yang dipercayai mendapat bekalan dadah dari Kuala Lumpur untuk edaran sekitar bandar ini, katanya pada sidang media, di sini Isnin.

Yap berkata, terdahulu pada pukul 3.30 petang polis menyerbu sebuah rumah di Taman Dato Abd Rashid dan menahan seorang lelaki berusia 36 tahun serta merampas 82 gram heroin yang disembunyikan suspek di dalam sebuah peti besi.

Katanya suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu pada mulanya enggan bekerjasama menyebabkan polis terpaksa memecahkan peti besi berkenaan yang disorok di dalam bilik tidur.

"Dadah yang disimpan di dalam sebuah beg berwarna putih itu dianggar bernilai kira-kira RM4,800 dan siasatan awal juga mendapati suspek yang mempunyai tujuh rekod jenayah lampau itu turut positif dadah jenis morfin," katanya.

Menurut Yap, pada hari sama pukul 5.30 petang, tiga lelaki berusia 22, 31 dan 35 tahun diberkas polis di sebuah rumah dekat Perkampungan Indera Sempurna, Jalan Kuantan-Pekan di sini, bersama 65 gram heroin bernilai RM4,500 dan lima gram ganja bernilai RM500 yang disimpan dalam sebuah beg di dalam rumah berkenaan.

Pada Jumaat lepas pula katanya seorang penganggur berusia 31 tahun ditahan bersama dadah jenis heroin seberat 435.35 gram bernilai RM30,000 di kawasan letak kenderaan di Teluk Cempedak di sini kira-kira 2.40 petang.

"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kegiatan pengedaran dadah," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek kini direman selama seminggu bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan