Polis Lancar Gerakan Besar-Besaran Kesan Remaja Hilang di Gim Tmn Desa

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis melancarkan gerakan besar-besaran bagi mengesan seorang remaja M.Jethendran yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi gim di Taman Desa, Jalan Kelang Lama di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhd Azlee Abdullah berkata gerakan itu dilancarkan selepas polis mengedar gambar remaja berusia 16 tahun itu ke balai polis di seluruh negara serta orang ramai bagi membantu mengesan mangsa.

"Berikutan laporan polis yang dibuat keluarga mangsa pada 25 Januari lepas, polis memulakan gerakan mengesan remaja terbabit.

"Buat masa ini polis belum menemui sebarang petunjuk mengaitkan kehilangan remaja ini dengan kes penculikan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, Selasa.

Muhd Azlee berkata kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan polis mengambil keterangan beberapa saksi termasuk anggota keluarga mangsa bagi membantu siasatan.

Beliau berkata menurut bapa mangsa R.Mahatheven, 48, sebelum dilaporkan hilang, Jethendran ada menghubungi ibunya kira-kira pukul 3.45 petang dan memberitahu akan pulang menaiki teksi sebelum dilaporkan hilang dan apabila keluarga menelefon kembali telefon bimbit mangsa telah dimatikan.

"Menurut bapa mangsa tiada sebarang masalah antara anaknya dan anggota keluarga, dan anaknya merupakan seorang remaja yang aktif dalam sukan dan sentiasa taat pada keluarga," katanya.

Sehubungan itu orang ramai yang berjumpa atau mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau menghubungi IPD Brickfields di talian 03-90571086 atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Rosnani Ramli di talian 017-2194171. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan