Geng 'Lou Cheok' Berkubur, Barangan Curi RM500,000 Ditemui

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Geng 'Lou Cheok' yang mempunyai dua anggota, aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kereta sejak setahun lepas akhirnya berkubur apabila seorang anggota ditahan manakala seorang lagi mati ketika lari daripada serbuan polis.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata dengan berkuburnya geng itu polis menjumpai semula pelbagai barangan serta sembilan kereta curi yang kesemuanya bernilai kira-kira RM500,000.

Beliau berkata pada 15 Jan lepas seorang anggota geng itu yang berumur 46 tahun maut setelah terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Sri Damansara, Petaling Jaya, ketika mereka melarikan daripada serbuan polis.

Mohan Singh berkata pada 17 Jan seorang lagi anggota geng itu yang berumur 33 tahun, diberkas di belakang sebuah hotel di Jalan Maharajalela, di sini ketika cuba mencuri sebuah kereta Toyota Altezza.

Beliau berkata keesokannya, polis menyerbu rumah suspek itu di Jalan Loke Yew serta beberapa tempat di ibu negara dan menemui peralatan pecah rumah, sembilan kereta curi pelbagai jenama, sebuah notebook, beg tangan, SmartTag, matawang asing, sekeping lesen memandu milik Low Chee Keong, pendrive, pas kondominium, sebatang 'allen key' yang diubah suai dan dompet, yang keseluruhannya bernilai RM500,000. Antara kereta yang dicuri Toyota Altezza, Toyota Avanza, Toyota Fortuner, Naza Rondo, Naza Citra, Proton Wira, Proton Waja, Honda Civic dan BMW.

Katanya lelaki itu, yang berasal dari Menglembu, Perak, ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Mohan Singh berkata dengan tangkapan itu polis berjaya selesaikan 27 kes pecah rumah dan 11 kes curi kereta sekitar Cheras. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan