Bayi Lelaki Ditemui Dalam Beg Pakaian

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SABAK BERNAM: Seorang bayi lelaki berusia seminggu ditemui di luar warung kopi di Parit 7, Sungai Leman, Sekinchan di sini, Selasa.

Bayi yang dibaluti kain batik dan diletak di dalam sebuah beg pakaian itu ditemui pemilik warung, Khairuddin Hassan, 51, kira-kira 7 pagi ketika ingin memulakan perniagaan.

Khairuddin berkata apabila tiba di depan warungnya, beliau ternampak sebuah beg pakaian di atas tanah di tepi meja lalu membukanya untuk mengetahui isi kandungan beg itu.

"Selepas membuka zip beg, saya terkejut melihat seorang bayi yang masih tidur di dalamnya. Tiada barang ditinggalkan bersama bayi itu," katanya di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Noor Mushar Mohamad ketika dihubungi berkata bayi lelaki yang masih bertali pusat itu dihantar ke Hospital Tanjong Karang dekat sini untuk pemeriksaan kesihatan.

"Bayi ini didapati tidak cedera dan dia bernasib baik kerana masih bernafas di dalam beg yang zipnya tidak ditutup sepenuhnya. Kami percaya bayi itu ditinggalkan di luar warung itu pada waktu subuh," katanya.

Noor Mushar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan