Tiada Acara Bakar Bible Versi Bahasa Melayu Di P.Pinang - Polis

Diterbitkan: Ahad, 27 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata tiada acara membakar Bible versi bahasa Melayu berlangsung di Padang Bandaran Bagan Luar di sini, sebagaimana dihebahkan sebelum ini.

"Setakat ini alhamdulillah saya dapati masyarakat di sini terutamanya masyarakat Islam tidak menyertai perancangan ini," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh sensitiviti keagamaan dan budaya pada masa depan kerana ia boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Isnin lepas, polis menerima laporan daripada seorang paderi yang menemui risalah bertulis 'jom bakar...pesta bakar Bible Melayu demi masa depan cucu kita' yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata polis sedang memburu dua lagi suspek bagi membantu siasatan kes seorang pengawal kelab malam atau 'bouncer' yang mati ditembak seorang lelaki dalam pergaduhan di sebuah premis perniagaan di Taman Desa Murni di sini, Khamis lepas.

Beliau berkata setakat ini polis telah menahan 10 suspek bagi membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek berkenaan diminta menghubungi mana-mana balai polis.

Dalam kejadian 5.25 pagi itu, Fauzi Hussin, 24, ditemui maut dengan satu kesan tembakan di rusuk kiri selepas terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah premis perniagaan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan