Polis Akan Mohon Inkues Kematian Sugumaran

Diterbitkan: Ahad, 27 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis Selangor mencadangkan supaya diadakan inkues bagi menyiasat kematian C. Sugumaran selepas dia ditahan dan digari polis kerana mengamuk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, dekat sini, Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegam berkata pihaknya akan menghantar kertas siasatan berhubung kes kematian pengawal keselamatan berusia 39 tahun itu kepada pendakwa raya Selasa ini.

Beliau berkata sebuah pasukan khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah mengambil alih siasatan kes itu pada Jumaat lepas dan telah merakam dan mendengar keterangan daripada 89 saksi kejadian.

"Kita meminta orang awam yang berada di lokasi kejadian dan nampak sebarang tindakan kekerasan oleh mana-mana individu supaya tampil memberikan keterangan kepada polis dalam membantu kes ini," katanya kepada pemberita di Pusat Media IPK Selangor, di sini, Ahad.

Justeru, Thaiveegam meminta tiga individu dikenali sebagai R. Mohanarajan, S. Sugunan dan R. Wasanan yang mendakwa ada melihat mangsa dipukul dalam satu laman portal berita, supaya tampil memberi keterangan kepada polis dengan segera.

Beliau berkata mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Burhanuddin Mustafa di talian 019-382-9212/03-5514-5152 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Ada yang mendakwa berlaku kekerasan ke atas si mati namun sehingga hari ini tiada seorang pun yang tampil menyalurkan maklumat," katanya.

Dalam kejadian Rabu lepas, Sugumaran yang dipercayai mengalami masalah mental mengamuk lalu merosakkan harta benda awam dengan menggunakan palang besi.

Menurut laporan media sebelum ini, Sugumaran bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh anggota polis dan digari sebelum tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bagaimanapun, laporan itu juga menyebut saksi mendakwa melihat anggota polis memijak leher mangsa serta membiarkan dia dibelasah oleh kira-kira 20 orang yang berada di restoran berhampiran tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab dilapor berkata hasil bedah siasat menunjukkan Sugumaran mati akibat saluran jantung terseumbat dan tiada sebarang kecederaan lain. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan