Indeks Jenayah Kedah 2012 Turun 5.41 Peratus

Diterbitkan: Ahad, 27 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Indeks jenayah di Kedah mencatatkan penurunan sebanyak 5.41 peratus tahun lepas berbanding tahun sebelumnya, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Ahmad Ibrahim.

Beliau berkata sebanyak 10,523 kes jenayah dilaporkan bagi tahun 2012 berbanding 11,126 kes pada tahun sebelumnya manakala kadar penyelesaikan kes jenayah adalah sebanyak 47 peratus.

"Daripada 47 peratus kadar penyelesaian kes jenayah, kes yang membabitkan pertuduhan di mahkamah adalah 30 peratus dan bakinya tiada bukti kukuh untuk mensabit orang yang boleh dituduh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita menyaksikan serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini Ahad.

Ahmad berharap indeks jenayah di Kedah akan terus menurun tahun ini selaras dengan polis kontinjen negeri disenaraikan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam usaha mencegah jenayah mulai 1 Jan lepas.

"Sasaran penurunan itu mampu dicapai dengan meningkatkan rondaan bermotosikal dan kereta peronda polis (MPV) khusus di kawasan titik panas," katanya.

Menurutnya, polis akan meningkatkan sekatan jalan raya dan menambah waktu rondaan di kawasan strategik termasuk menggunakan khidmat anggota sukarelawan polis (PVR). -- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan