Dua Kertas Siasatan Diserah Berhubung Insiden Rosak, Bakar Kenderaan JPJ

Diterbitkan: Ahad, 27 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menyerahkan dua kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya baru-baru ini berhubung kemalangan membabitkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seri Manjung di Sitiawan pada 11 Jan lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kertas itu melibatkan siasatan kejadian kemalangan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kanun Keseksaan berhubung perbuatan merosak serta membakar kenderaan terbabit.

"Polis turut mencadangkan pendakwaan dilakukan terhadap beberapa individu tertentu yang dirasakan bertanggungjawab terhadap kejadian berkenaan," katanya kepada pemberita Ahad.

Beliau berkata polis menyiasat semua aspek termasuk mengambil keterangan tiga pengawai JPJ serta sejumlah saksi selain laporan polis yang berlainan versi oleh pihak yang terlibat dalam kemalangan itu.

Katanya, polis juga menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya sama ada siasatan lanjut perlu dijalankan berhubung kedua-dua kertas siasatan.

Mohd Dahlan juga berkata pihaknya tidak boleh mendedahkan hasil siasatan kerana tidak mahu berlaku sebarang percanggahan fakta.

Beliau berkata enam suspek ditahan bagi membantu siasatan dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam kejadian itu, kenderaan pacuan empat roda JPJ Seri Manjung diterbalik dan dibakar orang ramai di Kilometer 12 Jalan Sitiawan-Ipoh di lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Methodist, Ayer Tawar.

Kemalangan itu, yang membabitkan sebuah lori sawit, sebuah lori pasir, dua bas sekolah, tiga kereta sedan, sebuah jip serta sebuah motosikal, mengakibatkan empat orang cedera parah dan 11 cedera ringan.BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan