12 Sekeluarga Nyaris Maut Van Terbalik, Tayar Belakang Meletup

Diterbitkan: Ahad, 27 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seramai 12 anggota satu keluarga nyaris maut apabila van yang mereka naiki terbabas dan terbalik selepas tayar belakang kenderaan itu tiba-tiba meletup di Km50.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan petang Sabtu.

Dalam kejadian 6.15 petang itu, mereka dalam perjalanan pulang ke Kampung Sungai Mas Hujung, Kota Kuala Muda dari Jitra selepas menghadiri satu majlis perkahwinan.

Ismail Mohd Shukri, 26, berkata van yang mereka sewa itu dipandu sepupunya, Mohd Zambri Fikri, 24, terbalik dua kali dan merempuh penghadang jalan selepas hilang kawalan apabila tayar belakang sebelah kanan pecah.

Bapanya Osman Nordin, 57, yang duduk di kerusi penumpang hadapan cedera di tangan dan kepala terkena serpihan kaca, dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, katanya ketika ditemui, Ahad.

Sementara dia, ibunya Sulifah Mohd Yusof, 60, dan lapan adik beradiknya yang lain berusia antara 14 hingga 28 tahun menerima rawatan pesakit luar di hospital sama, kata Ismail. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan