RM190,000 Lesap Apabila Pencuri Pecahkan ATM

Diterbitkan: Sabtu, 26 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sekumpulan pencuri melarikan wang tunai RM190,000 dari sebuah mesin pengeluaran wang (ATM) apabila mereka memecah masuk sebuah stesen minyak di Taman Alam Megah, Seksyen 28 di sini Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayop berkata kejadian itu disedari oleh seorang pekerja stesen minyak itu ketika datang bertugas pagi ini dan mendapati pintu belakang stesen minyak itu mempunyai kesan diumpil manakala mangga pintu pula dipotong.

Zahedi berkata pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 7.20 pagi daripada pekerja berkenaan dan siasatan mendapati sebuah daripada tiga mesin ATM di dalam kedai serbaneka stesen minyak itu dikopak dan wang tunai kira-kira RM190,000 lesap.

"Dua lagi mesin ATM ditarik keluar dan mempunyai kesan dipotong namun mereka tidak berjaya melarikan wang tunai di dalamnya," kata beliau kepada pemberita di sini.

Zahedi berkata polis percaya kejadian pecah masuk itu dilakukan lebih seorang suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menjejak mereka yang terlibat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan