Imigresen Kesan Agensi Tipu Pendatang

Diterbitkan: Sabtu, 26 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Imigresen Pahang mengesan sebuah syarikat yang menipu pendatang tanpa izin dengan mendakwa menjalankan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Tanpa Izin (6P) yang sebenarnya telah berakhir.

Perkara itu didedahkan Ketua Unit Penguatkuasaan Imigresen Temerloh Kamarudin Embong ketika operasi memberkas 11 pendatang tanpa izin yang terpedaya dengan iklan syarikat terbabit, di sini, Sabtu.

Kami mendapat maklumat beberapa hari lepas berkenaan program 6P ini yang diuar-uar menerusi risalah, akan diadakan di sebuah hotel di sini hari ini, dan dirasmikan seorang exco kerajaan negeri.

Susulan itu, kami menempatkan pasukan penguat kuasa dan berjaya menahan 11 pendatang tanpa izin ini yang datang dengan harapan dapat mendaftar untuk Program 6P, katanya kepada pemberita.

Katanya siasatan awal mendapati beberapa pendatang tanpa izin berkenaan mendakwa mereka telah membayar deposit RM900 seorang kepada syarikat tersebut.

Imigresen cuba menghubungi syarikat berkenaan yang berpangkalan di Kuala Lumpur bagi mendapat penjelasan namun tiada maklum balas. Imigresen juga mendapati syarikat ini pernah terbabit dalam pelaksanaan Program 6P, katanya.

Menurut Kamarudin, pihaknya menyerahkan kepada polis dan Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat syarikat tersebut.

"Imigresen tidak ada kuasa untuk bertindak ke atas syarikat tersebut terpulang kepada polis dan Kementerian Dalam Negeri," katanya menambah kes itu yang pertama di Pahang.

Ditanya sama ada memang benar program itu dijadual diadakan di hotel terbabit, Kamarudin berkata pihaknya dimaklumkan pengurusan hotel, syarikat berkenaan menempah tiga bilik untuk tujuan terbabit.

Mengenai pendatang tanpa izin terbabit, Kamarudin berkata 10 lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berkenaan yang didapati bekerja di sekitar Temerloh, Jerantut dan Mempaga akan didakwa mengikut Seksyen 6(3) dan Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak mempunyai dokumen sah dan tinggal di negara ini melebihi tempoh sah.

Program 6P dilaksana kerajaan bermula Ogos 2011 meliputi proses pendaftaran pekerja dan pendatang tanpa izin, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran. Program itu kini pada peringkat penguatkuasaan dan pengusiran. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan