Suami Isteri Ditahan, Polis Rampas Ganja Bernilai RM110,000 - Berita Jenayah | mStar

Suami Isteri Ditahan, Polis Rampas Ganja Bernilai RM110,000

Diterbitkan: Jumaat, 25 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang suami isteri yang juga pemilik gerai makan di Kampung Baru di sini kerana disyaki mengedar dan menyimpan dadah bernilai RM110,000.

Mereka ditahan dalam serbuan polis di gerai makan itu pada 4.30 petang semalam yang menyaksikan rampasan ganja seberat 670 gram, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Beliau berkata kira-kira sejam selepas serbuan di gerai itu, polis menyerbu sebuah stor kira-kira 200 meter di belakang rumah pasangan itu dan merampas 40 ketulan mampat dipercayai ganja yang telah dibalut.

"Pasangan berkenaan dipercayai menjalankan aktiviti itu sejak beberapa tahun lepas," katanya.

Beliau berkata polis turut menahan tiga lelaki warga tempatan dipercayai pembeli dadah itu.

"Kesemua suspek yang ditahan berumur antara 32 dan 53 tahun dan saringan awal urin mendapati mereka positif dadah jenis ganja," katanya sambil memberitahu suspek ditahan reman hari ini hingga Khamis. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan