Sindiket Jual Bayi Terbesar Tumpas

Diterbitkan: Jumaat, 25 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara sijil kelahiran asli yang turut dirampas.
Antara sijil kelahiran asli yang turut dirampas.

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya membongkar satu sindiket penjualan bayi terbesar di negara ini selepas menahan 33 suspek dan menyelamatkan sembilan kanak-kanak berusia di antara dua bulan hingga lapan tahun.

Seorang doktor dari sebuah hospital swasta di sini dan seorang pekerja di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara yang ditahan termasuk dalang di negeri ini, Perak dan Kedah.

Polis merampas 19 telefon bimbit, dua kereta, lima kad Mykid, 18 kad perubatan, 14 sijil kelahiran asli dan wang tunai RM15,000 dari suspek yang berusia antara 23 dan 62 tahun.

Dalang sindiket tersebut adalah seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an yang dalam tahanan polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sindiket tersebut yang menjual bayi dan kanak-kanak pada harga RM18,000 dan RM30,000 aktif dalam kegiatan itu sejak 2009.

Katanya, polis menubuhkan pasukan khas dengan disertai 25 pegawai selepas menerima satu laporan pada bulan lalu mengenai seorang wanita asing menjual bayi berusia 40 hari pada harga RM4,300.

"Melalui operasi yang dinamakan Ops Pintar Sayang, kami berjaya menyelamatkan sembilan kanak-kanak dari keluarga angkat yang membeli mereka. Kanak-kanak itu dipercayai terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Bangladesh," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis kontinjen di sini.

Beliau turut menyiarkan gambar kanak-kanak tersebut kepada media.

Nama dan gambar kanak-kanak terbabit dilindungi di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak.

Kanak-kanak tersebut dibawa ke rumah perlindungan dan berada dibawah jagaan polis.

Abdul Rahim berkata, modus operandi kumpulan terbabit adalah mensasarkan wanita warga Thailand dan Indonesia yang hamil luar nikah serta mengalami masalah kewangan.

"Wanita tersebut akan dibayar RM2,500 dan RM4,500 bergantung kepada jantina dan fizikal rupa paras bayi yang dilahirkan.

"Namun mereka akan menjual bayi tersebut kepada pasangan yang sukar mendapat anak bersama-sama dengan sijil kelahiran asli pada harga RM18,000 dan RM30,000," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pekerja JPN tersebut terlibat mengeluarkan sijil kelahiran asli kepada keluarga angkat, berdasarkan bangsa bayi itu.

Bayi warga Thailand akan dijual kepada pasangan Cina manakala bayi warga Indonesia kepada keluarga Melayu dan bayi warga Bangladesh kepada pasangan India.

Menurutnya, polis juga sedang menyiasat sama ada terdapat pekerja JPN lain yang terlibat dengan sidiket tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan