Polis Ambil Keterangan 11 Individu Kes Pengawal Mati

Diterbitkan: Jumaat, 25 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis mengambil keterangan 11 individu bagi membantu siasatan kes seorang pengawal keselamatan yang mati mengejut dalam kejadian amuk dekat Kajang, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata saksi yang melihat insiden itu berkata C.Sugumaran, 39, mula mengamuk dari Taman Sri Nanding sebelum ke Taman Desa Raya dan Taman Lagenda Suria.

"Saksi melihat lelaki itu terjatuh di Taman Lagenda Suria dan seterusnya tidak sedar selepas itu.

"Tiada seorangpun dalam insiden itu nampak pihak polis memukul lelaki berkenaan sebelum dia ditahan," katanya pada satu sidang akhbar, Jumaat.

Dalam insiden pada kira-kira 6.30 petang Rabu itu, Sugumaran dikatakan menggunakan palang besi untuk merosakkan harta benda awam.

Mohd Adnan berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mengalami sakit mental dan polis akan mendapat pengesahan berhubung perkara tersebut daripada pihak hospital.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab dilapor berkata hasil bedah siasat menunjukkan Sugumaran mati akibat saluran jantung tersumbat dan tiada sebarang kecederaan lain. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan