Guru Berasal Dari Sabah Maut Nahas Jalan Raya

Diterbitkan: Khamis, 24 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang guru sekolah rendah yang berasal dari Sabah meninggal dunia setelah motosikal yang ditunggangi terbabas di Km24.5 Jalan Melaka-Muar berhampiran Merlimau, Jasin, di sini Rabu.

Jurucakap polis Jasin ketika dihubungi berkata dalam nahas pukul 5.45 petang itu, Azhar Jamboree Abdullah, 37, dari Keningau, sedang membelok ke kiri di persimpangan tiga berhampiran sebuah stesen minyak lalu bertembung sebuah kereta yang juga dipandu seorang guru.

"Mangsa yang mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan St Francis, Bandar Hilir, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala setelah tercampak dalam nahas tersebut," katanya.

Mayat Azhar Jamboree dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan selamat dikebumikan di Kampung Serkam Pantai, Merlimau, Khamis.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri juga seorang guru dan mengajar di Sekolah Menengah Dang Anum, Merlimau.

Sementara itu, di PULAU PINANG, dua beranak maut apabila kereta yang mereka naiki dihempap sebatang pokok kelapa yang tiba-tiba tumbang di Jalan Hutan Lipur Cheruk Tok Kun, dekat Bukit Mertajam, Khamis.

Tan Sai Lang, 70, dan anak perempuannya Heng Lee Liew, 44, menaiki Proton Satria menuju sebuah hutan lipur di jalan berkenaan untuk berjoging semasa kejadian berlaku pukul 6.30 pagi.

Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan