'Bouncer' Kelab Malam Maut Ditembak

Diterbitkan: Khamis, 24 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang pengawal kelab malam atau 'bouncer' maut selepas ditembak seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di sebuah premis perniagaan di Taman Desa Murni di sini awal pagi Khamis.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata mangsa, Fauzi Hussin, 24, ditemui maut dengan satu kesan tembakan di rusuk kiri pada 5.25 pagi ini.

"Sepasukan anggota kita bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring dengan satu kesan tembakan mengenai rusuk kirinya," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Katanya susulan kejadian itu polis menahan enam orang termasuk dua wanita warga Vietnam di sekitar daerah Seberang Perai Utara iaitu tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Siasatan mendapati salah seorang daripada mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun itu merupakan perancang utama kejadian berkenaan dan polis turut menemui kelongsong peluru di tempat kejadian," katanya.

Abdul Rahim berkata siasatan awal mendapati pergaduhan itu bermula dengan perbincangan berhubung perniagaan antara mangsa dan beberapa lelaki berkenaan sebelum ia bertukar menjadi pergaduhan apabila gagal mencapai kata sepakat.

Katanya mangsa dan suspek berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika pergaduhan itu berlaku dan pihak polis turut menemui beberapa botol arak di tempat kejadian.

"Kes itu dianggap selesai selepas kita menahan enam suspek dan mereka kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan