Polis Gagalkan Cubaan Larikan Kanak-Kanak

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tindakan pantas polis telah berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun daripada diculik selepas setengah jam mangsa dibawa lari bersama kenderaan Mitsubishi Storm milik bapanya di Kemaman pagi Rabu.

Kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika mangsa dikatakan sedang tidur di tempat duduk belakang kenderaan tersebut yang ditinggalkan ibu dan bapanya yang singgah di sebuah stesen minyak di Kijal untuk ke tandas.

Melihat kenderaan berkenaan tidak dikunci dengan keadaan enjin masih hidup, seorang lelaki dilapor melarikan kereta tersebut dan memecut ke arah Dungun.

Kejadian bagaimanapun disedari ibu mangsa yang berusia 37 tahun apabila melihat kereta itu bergerak dan dia bersama suaminya yang merupakan seorang peniaga berusia 47 tahun terus menghubungi pihak polis.

Keluarga itu dari Kijal sedang menuju Chukai untuk urusan perniagaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata selepas menerima maklumat tersebut, polis daerah Kemaman terus membuat operasi sebelum melihat kenderaan tersebut di Kerteh.

"Lebih kurang pukul 11 pagi, anggota polis berjaya memintas kenderaan curi itu kira-kira 70 kilometer dari tempat ia dilarikan.

"Kanak-kanak lelaki itu pula ditemui dalam keadaan terpinga-pinga selepas terjaga dari tidur tetapi dia tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam di sini Rabu.

Menurut Manoharan, siasatan awal terhadap suspek berusia 26 tahun berasal dari Kampung Padang Luas, Jerteh, Besut itu mendapati dia tidak melakukan jenayah itu bersendirian.

"Suspek memberitahu terdapat dua rakannya menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna hijau gelap turut terlibat dalam jenayah tersebut," katanya.

Sehubungan itu, pihak polis kini sedang menjalankan operasi untuk menangkap dua lagi rakan suspek bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379(A) kerana curi kenderaan dan 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan kanak-kanak di luar jagaan ibu bapa.

Dalam pada itu, Manoharan turut memuji kecekapan anggota dan polis Kemaman yang mengambil tindakan segera untuk mengesan kanak-kanak dan kereta tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan