Polis Buru Dua Lelaki Menyamar Anggota Rela Bersabit Samun Bersenjata

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun bersenjata membabitkan individu yang menyamar anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di Bandar Baru Sentul, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata polis mengenal pasti seorang daripadanya sebagai Azman Ismail juga dikenali 'Man Jambu'.

Dalam kejadian 2.20 pagi itu, dua suspek menahan sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang mahu menghantar rakannya di sebuah pangsapuri dan memperkenalkan diri mereka sebagai anggota Rela, katanya pada sidang media di sini Rabu.

"Seorang daripada suspek telah meminta 'angpau' daripada rakan mangsa serta menunjukkan pistol yang berada di pinggangnya.

"Mangsa yang ketakutan menyerahkan wang tunai RM50 kepada suspek.

Namun suspek tidak berpuas hati dan merampas telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal," katanya.

Mengulas kes lain, Ku berkata polis menerima laporan daripada lima wanita yang melarikan diri dari sebuah pusat perlindungan wanita di Kampung Sungai Mulia, Gombak, kelmarin, mendakwa pusat itu terbabit dalam kegiatan penjualan bayi.

"Tiga daripada lima wanita itu mendakwa bayinya diambil dan diberi kepada keluarga angkat tanpa persetujuan dan dipaksa menandatangani beberapa dokumen sebelum bayi mereka diserah kepada keluarga angkat tanpa persetujuan," katanya.

Beliau berkata mangsa yang masih dalam pantang mendakwa turut dikurung dan tidak dibenar bercakap dengan orang luar serta dipaksa membayar jumlah wang jika mahu bayi mereka kembali.

Menurut Ku, pusat itu pernah diserbu Jabatan Kebajikan Masyarakat dan didapati beroperasi tanpa lesen sah. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan