Polis Berkas Tiga Suspek Terbabit Edar Dadah, Wang Palsu Dan Samun

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Polis memberkas tiga suspek termasuk seorang wanita dipercayai terbabit dalam kegiatan samun dan pengedaran dadah serta wang palsu dalam serbuan di sebuah hotel di sini.

Ketua Polis Daerah Temerloh Pemangku ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam serbuan 12.15 tengah hari Ahad lepas itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM30,000, tujuh senjata tajam dan 38 keping wang palsu RM100.

"Senjata tajam yang ditemui itu dua bilah kerambit, sebilah pedang samurai, dua parang, pisau pemotong daging dan satu kapak kecil yang dipercayai diguna untuk menyamun," katanya kepada pemberita, di sini pada Rabu.

Menurut Abdul Aziz semua suspek yang berusia antara 32 dan 47 tahun itu positif dadah sementara dua suspek lelaki turut mempunyai tiga rekod lampau membabitkan dadah, lari dari tahanan dan pergaduhan.

Mereka kini direman sehingga 26 Jan untuk siasatan lanjut, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan