Modus Operandi Menyamar Polis Sebelum Samun Rumah Ahli Perniagaan

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu kini sedang memburu empat lelaki yang aktif melakukan kegiatan samun di negeri ini.

Kumpulan berkenaan menggunakan taktik licik dengan menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman untuk menyamun sebuah rumah ahli pernigaan di Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu pada Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian antara pukul 3 hingga 3.30 petang, empat penyamun itu telah menggunakan helah hendak menjalankan pemeriksaan kononnya kediaman itu dijadikan pusat pemprosesan dadah serta pusat penyimpanan senjata api.

Katanya empat pekerja termasuk seorang yang berusia antara 20-an hingga 30-an yang berada di kediaman itu terpedaya dengan helah berkenaan manakala majikan mereka yang juga seorang ahli perniagaan ketika itu tiada di rumah.

"Suspek berpura-pura kononnya menjalankan pemeriksaan sejurus dibenarkan masuk sebelum bertindak mengikat mangsa dengan wayar kabel dan menggeledah rumah itu hampir 20 minit.

"Manakala salah seorang daripada mereka memakai ves tertera nama Polis serta memegang walkie-talkie dan kesemuanya tidak membawa sebarang senjata berbahaya," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Manoharan berkata, hasil maklumat awal diperoleh dari mangsa, empat penyamun itu menaiki dua buah kereta jenis Proton Waja dan Lexus.

Beliau berkata dalam kejadian itu, suspek sempat melarikan sebuah komputer riba, dua buah telefon bimbit milik mangsa dan wang tunai lebih kurang RM100.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan