Kastam KLIA Tahan Tiga Warga Asing Cuba Seludup Dadah Bernilai Lebih RM3 Juta

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kastam Diraja Malaysia menahan tiga warga asing dalam tempoh empat hari kerana disyaki cuba menyeludup masuk dadah dengan nilai keseluruhan RM3.265 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah Kastam KLIA Badaruddin Mohamed Rafik berkata tangkapan pertama membabitkan lelaki warga Nigeria yang cuba membawa masuk 9.25 kilogram dadah jenis Methamphetamine bernilai RM1.757 juta pada 18 Jan lepas.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada pukul 12.30 tengah hari sejurus tiba dari Doha, selepas imbasan pada bagasinya menunjukkan imej meragukan.

"Satu pemeriksaan teliti telah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan KLIA dan mendapati beberapa ketulan sabun, botol bedak dan sandal lelaki disorok dengan serbuk putih berupa kristal. Setelah diuji, serbuk putih tersebut positif dadah jenis Methamphetamine," katanya pada sidang media, di sini Rabu.

Katanya pada hari sama pihaknya menahan pelajar warga Indonesia berusia 21 tahun selepas disyaki cuba menyeludup masuk 2.8 kg dadah jenis Methamphetamine bernilai RM532,000 pada pukul 1.30 pagi di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini.

"Lelaki yang menaiki pesawat dari Chennai, India ditahan apabila Bahagian Penguatkuasaan KLIA yang membuat pemeriksaan menemui satu ruangan khas di bahagian bawah beg galas yang dibawa di mana dadah disorok dalam ruangan tersebut," katanya.

Tangkapan ketiga dilakukan pada 21 Jan juga membabitkan lelaki warga Indonesia dan kastam merampas dadah jenis Methamphetamine seberat 5.14 kg bernilai RM976,000.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditangkap pada pukul 1.40 pagi di LCCT, katanya menambah ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Badaruddin berkata Kastam KLIA turut menahan dua wanita Kemboja berusia 28 dan 18 tahun yang cuba menyeludup masuk 2,877 peket rokok putih bernilai RM28,539.84 termasuk cukai di Terminal LCCT pada 17 Jan.

"Berdasarkan maklumat orang awam, Bahagian Penguatkuasa KLIA telah membuat intipan dan pemerihatian terhadap kedua-dua suspek yang sedang mengambil bagasi dari korosel di LCCT.

"Hasil pemeriksaan mendapati 11 buah bagasi yang diisi dengan rokok dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini. Kedua-dua suspek yang merupakan kenalan kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu Mengimport Barang Larangan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan