Dua Pemain Bola Sepak Antara Lapan Ditahan Ketika Berjudi

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dua pemain sebuah kelab bola sepak Kedah berumur 26 dan 25 ditahan ketika bermain judi melalui komputer di sebuah premis Taman Seri Ampang, di sini, Rabu.

Mereka ditahan bersama enam yang lain termasuk dua pelajar sekolah menengah dalam operasi di dua premis di kawasan perumahan itu pada pukul 2 petang tadi, kata Pegawai Turus Hal Ehwal Polis Kedah ASP Roslan Masjin.

Selain pelanggan berusia antara 15 tahun dan 40-an itu, polis turut menahan dua wanita yang bekerja di premis terbabit, katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini.

Beliau berkata polis juga merampas 16 set komputer yang diubah suai menjadi mesin judi dari premis pertama dan 13 set komputer serta satu set kamera litar tertutup di premis kedua.

"Pemilik premis pertama cuba mengaburi mata orang ramai dengan menjual kad tambah nilai telefon bimbit dan menjual aksesori telefon bimbit di bahagian depan kedai.

"Di bahagian belakang kedai tersebut, mereka menjual nombor ekor haram (judi catit taruh haram) dan di sebuah bilik bahagian tepi kedai mereka meletakkan 16 set komputer berkonsepkan perjudian," katanya.

Roslan yang juga Ketua Operasi Task Force Ketua Polis Kedah berkata premis pertama juga telah diserbu polis sebanyak tiga kali sejak empat bulan lepas, tetapi pemiliknya masih tidak serik dengan tindakan yang dikenakan.

Katanya kedua-dua premis tersebut diserbu kerana menjalankan operasi tanpa lesen dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1)(b) Enakmen Hiburan 1993. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan