Polis Bongkar Makmal Proses Dadah

Diterbitkan: Selasa, 22 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah makmal memproses dadah sintetik di sebuah rumah di Air Itam di sini, serta menahan tujuh orang termasuk dua wanita, dalam serbuan Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek berusia antara 19 dan 44 tahun itu disyaki terbabit secara langsung dalam kegiatan memproses dadah yang dipercayai beroperasi dua bulan lepas.

"Dalam serbuan 8.30 malam itu polis merampas 1,275 gram serbuk dadah jenis ectasy, 54 gram ketamin, 22 gram syabu dianggar bernilai RM500,000," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Polis turut merampas mesin yang telah diubah suai serta pelbagai jenis bahan kimia untuk menghasilkan dadah serta menyita tiga buah kereta.

Menurut Abdul Rahim, seorang suspek mempunyai rekod jenayah serta pernah disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, sementara hasil ujian air kencing pula mendapati dua suspek positif dadah.

Suspek direman sehingga 25 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, katanya.

Mengulas kes lain, Abdul Rahim berkata, Ops Kesan Gelugor yang memasuki hari ke-15 bagi memburu dua lagi tahanan bolos semasa dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth, masih diteruskan.

Pada masa sama beliau mengingatkan orang ramai agar bertanggungjawab dalam menyalurkan maklumat mengenai kedua-dua tahanan itu bagi memudahkan tugas polis.

Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, adalah antara sembilan tahanan yang lolos dengan merampas van polis dalam kejadian 9 pagi 7 Januari lepas.

Dua daripada mereka ditahan pada hari yang sama berhampiran van polis yang ditinggalkan, dua lagi ditembak mati ketika cuba melarikan diri dengan sebuah kereta tiga hari kemudian, manakala tiga diberkas semula termasuk dua yang menyerah diri, kira-kira seminggu selepas kejadian. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan