Lelaki Cedera Di Perut Dan Paha Akibat Ditembak

Diterbitkan: Selasa, 22 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki cedera pada bahagian perut dan kedua-dua belah paha akibat ditembak seorang lelaki dipercayai kenalannya di sebuah pusat hiburan di Taman Wawasan, Parit Buntar dekat sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian tembakan antara pukul 1 hingga 2 pagi Isnin dipercayai berlaku selepas perselisihan faham antara mangsa berumur 24 tahun dan suspek berusia lingkungan 30-an.

"Pada mulanya berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa yang dipercayai mengenali antara satu sama lain. Suspek bertindak melepaskan dua das tembakan ke bahagian perut dan paha mangsa," katanya.

Suspek yang dipercayai mempunyai hubungan persaudaraan dengan pemilik pusat hiburan itu kemudiannya melarikan diri dan polis telah mengenal pasti identitinya, katanya.

Polis masih menyiasat motif kejadian dan sedang memburu suspek, katanya dan menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Mat Fauzi berkata, mangsa menerima rawatan di Hospital Taiping dan kini berada dalam keadaan stabil.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan