Polis Klasifikasi Kes William Sebagai 'Orang Hilang'

Diterbitkan: Ahad, 20 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak berumur enam tahun, William Yau Zhen Zhong masih diklasifikasikan sebagai kes 'orang hilang' dan bukan culik, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli.

Beliau berkata ini kerana tiada sebarang wang tebusan diminta daripada keluarga mangsa sehingga kini.

Katanya, polis percaya ada individu telah menemui Zhen Zhong yang dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya Rabu lepas, sebelum menyembunyikan kanak-kanak itu.

"Polis juga menerima banyak panggilan daripada orang awam berhubung kes ini dan tiga panggilan yang diterima menyatakan mereka ternampak kanak-kanak tersebut tetapi selepas siasatan dijalankan ia adalah tidak benar.

"Selain mengedarkan gambar mangsa, sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak dikenali sebagai talian NUR Alert sudah diaktifkan," katanya kepada pemberita di rumah keluarga kanak-kanak itu di Seksyen 25, di sini, Ahad.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengadakan lawatan ke rumah keluarga mangsa.

Pada Rabu lepas, anak kedua daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights dekat sini apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.

Shahrizat berkata beliau akan membantu keluarga mangsa dan pihak polis untuk mengesan kanak-kanak itu dengan mengedarkan gambar Zhen Zhong melalui 22,000 cawangan wanita Barisan Nasional di seluruh negara.

Selain itu, katanya Skuad Sayang Wanita Umno di seluruh negara juga akan dikerah dalam misi mencari semula kanak-kanak itu.

Sementara itu, bapa mangsa, Yau Kok Kang, 32, berharap mana-mana individu yang menyimpan serta menjaga Zhen Zhong supaya memulangkan semula kanak-kanak itu ke pangkuan keluarga atau mana-mana lokasi selamat dengan segera.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta menghubungi polis di talian 03-56319800, 012-2197133 atau Kok Kang di 016-9691616. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan