Kanak-Kanak Ditemui Lemas di Sg Pegang - Berita Jenayah | mStar

Kanak-Kanak Ditemui Lemas di Sg Pegang

Diterbitkan: Ahad, 20 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALING: Murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang, Baling yang dilapor hanyut di Sungai Pegang di kampung Lela, Kuala Pegang di sini, ditemui pada Sabtu.

Mayat Mohd Fazrul Fitri Zaini, 7, ditemui seorang penangkap ikan yang sedang membaiki perahu di kampung Kuala Balut, 15 kilometer dari tempat kejadian, pada pukul 12.45 tengah hari.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Balai Bomba Baling Abd Kudus Abd Malik berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke hospital daerah Baling untuk bedah siasat.

Mohd Fazrul Fitri dilapor hilang di sungai itu Jumaat lepas ketika mengikut kakak dan rakan kakaknya berkelah berhampiran sungai berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan anggota bomba, unit Pasukan Menyelamat di Air Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, polis, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Rela dengan bantuan penduduk kampung. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan