Tujuh Premis Musnah Dalam Kebakaran Di Setapak

Diterbitkan: Jumaat, 18 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tujuh premis termasuk empat bengkel kenderaan sederet di Kampung Air Lanjut, Setapak di sini, musnah dalam kebakaran hari ini dipercayai berpunca daripada pembakaran sampah.

Turut musnah ialah tiga stor menempatkan alat ganti kenderaan.

Ketua Balai Bomba Setapak Suki Annuar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 7.45 malam dan empat jentera bomba dari Balai Bomba Setapak, Balai Bomba Hang Tuah, Balai Bomba Keramat dan Balai Bomba Wangsa

Kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh 30 minit, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Menurutnya kebakaran dipercayai berpunca daripada pembakaran sampah berhampiran bengkel terbabit yang kemudian merebak ke bengkel lain, bagaimanapun punca sebenar serta jumlah kerugian masih disiasat.

Sementara itu, Abdul Rahim Musa, 50, pemilik bengkel motosikal yang terlibat, berkata ketika kejadian beliau sedang bersiap untuk menutup bengkel sebelum terhidu bau asap dan ternampak kepulan asap dari tempat pembakaran sampah di luar kawasan bengkel.

"Saya tidak sempat mengeluarkan barang-barang di bengkel dan jumlah kerugian dianggar sebanyak RM100,000 secara keseluruhan," katanya yang menjalankan perniagaan itu sejak 10 tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan