Pemuda Maut Kereta Yang Dipandu Hilang Kawalan Di Dungun

Diterbitkan: Jumaat, 18 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Seorang pemuda terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Km 80.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Batu 49, di sini awal pagi Jumaat.

Mohd Rizuan Rosli, 22, yang berasal dari Kampung Jerangau Sungai, di sini terbunuh selepas kereta Proton Wira Aeroback yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum melanggar sebatang tiang elektrik di situ lalu terbalik.

Kemalangan 4.50 pagi itu dipercayai berlaku selepas kenderaan itu hilang kawalan ketika melalui satu selekoh di situ, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas minum bersama rakan di Bandar Dungun.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Dungun terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Wa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan