Wanita Kurang Siuman Maut Dilanggar Kereta Api

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Seorang wanita dipercayai kurang siuman, maut selepas dilanggar kereta api di Kampung Padang Tok La di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata dalam kejadian kira-kira 4.26 pagi itu, Esah Mohamed, 53, dikatakan sedang tidur di atas landasan.

"Berdasarkan kenyataan saksi iaitu pemandu kereta api berkenaan, dia telah membunyikan siren berkali-kali bagi mengejutkan mangsa, namun mangsa tidak berganjak dan masih berbaring di tempat sama. Mangsa maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Rabu.

Haliluddin berkata kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Seorang penduduk kampung, Ku Yahya Ku Tengah, 61, berkata kejadian tersebut tidak disedari penduduk kampung kerana berlaku pada awal pagi.

"Saya ada dengar bunyi bising di luar rumah, namun tidak mengesyaki ada kemalangan berlaku. Orang ramai mula tahu mengenai kejadian bila nampak kereta peronda polis di kawasan itu pada 5 pagi.

"Setahu saya allahyarham tidak pernah kacau sesiapa cuma dia suka berjalan seorang diri dengan memakai telekung di sekeliling kampung," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan