UPP Bukit Kayu Hitam Rampas Arak, Mercun Bernilai RM3,000

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam mematahkan cubaan menyeludup minuman keras, mercun dan bunga api bernilai RM3,000 di Jalan Putra, Air Hitam, Jitra dekat sini Rabu.

Dalam operasi pukul 1.30 tengah hari itu, UPP merampas 38 kotak minuman keras pelbagai jenama dan 1,193 bungkusan pelbagai jenis mercun serta bunga api, selain menahan seorang lelaki berusia 22 tahun.

Komander Kawasan UPP Bukit Kayu Hitam, ASP Baharim Kamis berkata, barangan terbabit ditemui hasil pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan jenis Toyota Estima yang dikesan dalam keadaan mencurigakan dari arah Jalan Kangar ke Alor Setar.

UPP percaya barangan terbabit diseludup menerusi 'lorong tikus di sekitar Padang Besar, Perlis untuk pasaran Alor Setar sempena sambutan Tahun Baru Cina bulan depan, katanya pada sidang media, di sini Khamis.

Menurutnya, lelaki itu akan disoal siasat sebelum diserah kepada Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda 10 hingga 20 kali ganda nilai barangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan