Polis Percaya Dua Tahanan Lolos Masih Berada Di P.Pinang

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang percaya dua tahanan yang lolos dalam kejadian minggu lepas iaitu Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, masih berada di negeri ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, mereka tidak bergerak jauh dan masih bersembunyi di beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang.

"Operasi Kesan Gelugor masuk hari ke-11 hari ini dan gerakan memburu dua tahanan itu giat dijalankan dan kita percaya mereka masih berada di sekitar Pulau Pinang.

"Kita juga turut memperluaskan kawasan operasi ke Bagan Serai, Nibong Tebal dan sekitar utara Perak serta kawasan Bukit Mertajam di sini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Katanya polis juga percaya dua tahanan itu masih berhubung dengan beberapa rakan mereka bagi meminta bantuan makanan dan duit.

Abdul Rahim turut meminta mereka untuk menyerah diri di mana-mana balai polis berdekatan kerana tindakan dua tahanan itu bersembunyi hanya membuang masa dan tiada kesudahannya kerana polis tetap akan menahan mereka.

Dalam kejadian 9 pagi Isnin lepas, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki mereka selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi iaitu Mohd Fairuz Adam, 31, dan Mohd Noor Mustafa, 28, ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di sini pada Khamis.

Dua hari kemudian polis menahan Mohd Farid Akhtar, 24, ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Semang dan Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, pula menyerah diri di Pasar Awam Penanti manakala Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, ditahan di sebuah kafe Internet di Berapit di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan