Cubaan Merompak: Dua Pengawal Keselamatan Diikat, Dikurung

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Dua pengawal keselamatan melalui detik cemas apabila diikat dan dikurung selama sejam dalam tandas Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Butterworth di sini dalam kejadian cubaan merompak di sekolah itu Khamis.

A. Yoganathanan, 39, berkata ketika kejadian 3.05 pagi itu, dia dan rakan sekerjanya Zaharudin Abu Talib, 40, sedang bertugas di pondok pengawal depan sekolah itu sebelum didatangi empat lelaki bersenjatakan parang.

"Mereka tiba-tiba muncul di pondok pengawal dan meletakkan parang di leher saya dan Zaharudin.

"Kami berdua diugut akan dibunuh jika cuba melawan dan membuat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang ramai kerana kawasan pondok terletak berdekatan jalan raya utama ke Perhentian Sementara Pengangkutan di Jalan Bagan Luar di sini," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Katanya empat lelaki berkenaan bertindak membawa dia dan rakannya ke bilik air yang terletak di Blok C sebelum mengikat kaki dan tangan menggunakan pita pelekat manakala muka serta mulut pula ditutup menggunakan kain sebelum diarah mendiamkan diri.

"Kami turut diugut akan ditetak jika bising. Kira-kira sejam selepas itu mereka datang bertanya sama ada terdapat orang lain di sekolah berkenaan pada waktu itu.

"Saya menggelengkan kepala dan mereka meninggalkan kami di situ sebelum saya berusaha membuka ikatan," katanya yang telah bekerja selama setahun sebagai pengawal keselamatan di sekolah itu.

Yoganathanan berkata mereka kemudiannya membuat pemeriksaan di bilik guru dan pejabat dan mendapati pintu jeriji telah diumpil namun gagal dipecah masuk.

"Saya kemudian menghubungi pegawai bertugas dan membuat laporan polis dan hasil pemeriksaan kemudiannya mendapati tiada sebarang kehilangan barangan dialami pihak sekolah," katanya sambil melahirkan rasa syukur kerana tidak dicederakan empat lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Abdul Rahman Ibrahim yang dihubungi berkata kes itu sedang disiasat.-- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan