Polis Benar Bedah Siasat Kedua Ke Atas Mayat Tahanan Yang Mati Dalam Lokap

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis membenarkan bedah siasat kedua ke atas mayat Chang Chin Te, 30, yang mati dalam tahanan polis dua hari lepas setelah menerima permohonan daripada keluarga tahanan itu.

Bedah siasat pertama dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, yang mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal pada mayat Chang.

Bagaimanapun, isteri Chang, Lim Wei Ni, 27, membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh kerana tidak berpuas hati serta mendakwa terdapat kesan luka pada mayat suaminya, iaitu pada tangan dan kaki.

Justeru, Lim melalui peguamnya, Gobind Singh Deo dan Sivarasa Rasiah menyerahkan memorandum di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman memohon agar pihak polis membenarkan bedah siasat kedua.

Ketua Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaan Bukit Aman Datuk Razali Basri berkata berdasarkan Seksyen 330 Kanun Tatacara Jenayah, dalam kes kematian, polis hanya perlu memohon bedah siasat daripada pakar perubatan bagi mengetahui punca kematian, dan terpulang kepada pihak keluarga jika ingin melakukan bedah siasat susulan.

"Dalam isu ini, polis tidak menolak bedah siasat kedua kerana permohonan bedah siasat kali kedua tidak memerlukan kelulusan pihak polis.

"Bedah siasat kedua boleh diatur tanpa merujuk kepada pihak polis selepas jasad si mati diserah kepada keluarga mangsa," kata Razali dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook milik Polis Diraja Malaysia.

Chang, yang mati dalam lokap di Balai Polis USJ8, Subang Jaya pada Isnin, ditahan 10 Jan lepas bersama tiga rakannya kerana disyaki anggota geng samun bersenjata api. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan