Dua Remaja Perempuan Cemas Kereta Rempuh Kedai Stesen Minyak

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Dua remaja perempuan melalui detik cemas apabila sebuah kereta tiba-tiba merempuh kedai stesen minyak di Jalan Pintu Geng, di sini, Rabu.

Dalam kejadian 10.45 pagi itu, pekerja stesen minyak, Nik Nor Haslindar Nor Hisham, 18, yang sedang mengira duit di kaunter, tergamam selepas melihat sebuah kereta tiba-tiba meluncur ke dalam kedai itu.

"Saya bersama rakan, Nur Hanin Nadia Halil, 24, berada di kaunter dalam kedai sebelum dikejutkan bunyi dentuman kuat.

"Ingat ada pam minyak meletup kerana bunyinya terlalu kuat, tapi tak sangka kereta merempuh kedai stesen minyak ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Nik Nor Haslindar berkata dia dan rakannya bernasib baik kerana rempuhan kereta tersebut tidak mengena bahagian kaunter tempat kedua-dua mereka sedang berada ketika itu.

"Mungkin pemandu kereta, seorang perempuan berusia lingkungan 40-an tersalah tekan pedal minyak menyebabkan kenderaannya merempuh ke dalam kedai.

"Berikutan itu saya dan rakan terpaksa panjat naik kaunter untuk keluar kerana keadaan kami terkepung," katanya.

Pemilik stesen minyak yang enggan dikenali berkata jumlah kerugian masih dalam taksiran dan kejadian tersebut kali pertama berlaku sejak stesen minyak itu beroperasi 13 tahun lepas.

Pemandu kereta kemudian dihantar orang ramai ke Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh untuk rawatan kerana cedera ringan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan