Polis Terima Maklumat Orang Awam Lihat Dua Tahanan Lolos Di Perai - Berita Jenayah | mStar

Polis Terima Maklumat Orang Awam Lihat Dua Tahanan Lolos Di Perai

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Polis Pulau Pinang menerima maklumat daripada orang awam yang melihat dua tahanan yang meloloskan diri dalam kejadian Isnin lepas, di kawasan Taman Chai Leng, Perai di sini pada 6 petang Isnin.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, dilihat berada di kawasan itu.

Beliau berkata sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian, bagaimanapun mereka tiada di situ. "Kita menjalankan pemeriksaan di kawasan berkenaan dan setakat ini belum menemui mereka.

"Menurut beberapa saksi, mereka juga dikatakan menggunakan telefon awam yang terdapat di situ dan pasukan forensik sedang jalankan pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Isnin. Semalam, tiga tahanan yang ditahan semula selepas meloloskan diri daripada polis ditahan reman tujuh hari.

Ketiga-tiga tahanan Mohd Farid Akhtar, 24, Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, dan Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, ditahan semula enam hari selepas polis melancarkan gerakan memburu tujuh tahanan.

Dalam kejadian 9 pagi Isnin lepas, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi iaitu Mohd Fairuz Adam, 31, dan Mohd Noor Mustafa, 28, ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan