Polis Tahan Seorang Lagi Suspek Kejadian Rosak, Bakar Kereta JPJ

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan 10 kenderaan termasuk milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seri Manjung di Pekan Ayer Tawar berhampiran Seri Manjung dekat sini, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak SAC Datuk A. Paramasivam berkata polis suspek berumur 40 tahun itu ditahan di Taman Muhibbah, Sitiawan Sabtu lepas pada 7 malam.

"Ini menjadikan kesemua suspek ditahan seramai empat orang yang mana tiga daripadanya berumur 17, 40 dan 33 tahun berasal dari Ayer Tawar dan Changkat Keruing, Pantai Remis," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan. "Setakat ini siasatan kita (polis) mendapati lori terbabas sebab kelajuan...bila terbabas ia langgar bas dan menyebabkan pelanggaran kenderaan yang lain," katanya.

Paramasivam meminta orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu yang boleh menggugat ketenteraman awam dan meminta saksi tampil menyalurkan maklumat kepada polis.

Dalam kejadian itu kenderaan pacuan empat roda JPJ diterbalik dan dibakar orang ramai di Km 12 Jalan Sitiawan-Ipoh dilampu isyarat berhadapan Sekolah Methodist, Ayer tawar.

Kemalangan itu turut melibatkan sebuah lori sawit, sebuah lori pasir, dua bas sekolah, tiga kereta sedan, sebuah jip dan sebuah motosikal mengakibatkan empat cedera parah dan 11 cedera ringan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan