Polis Pantau Aktiviti Rekrut Pelajar Sekolah Sertai Kumpulan Gengster

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis sedang memantau kegiatan kumpulan kongsi gelap yang merekrut pelajar sekolah menyertai kumpulan mereka.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata sejak sesi persekolahan bermula awal bulan ini, polis telah menerima beberapa laporan dari ibu bapa dan guru mengenai anggota kumpulan kongsi gelap menunggu di luar kawasan sekolah dan mempelawa para pelajar menyertai kumpulan mereka.

"Pemantauan sedang giat dilakukan dan kita telah mengerahkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) supaya meronda di kawasan sekolah yang telah dikenal pasti di sekitar daerah ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Phor Tay di Sungai Dua hari ini.

Beliau berkata URB akan melakukan rondaan sebelum dan selepas waktu persekolahan bagi membanteras kegiatan itu.

Sementara itu Gan berkata polis percaya dapat menyelesaikan 11 kes samun di sekitar daerah ini susulan penahanan seorang lelaki berusia 50 tahun yang menyamar sebagai anggota polis di Lebuh Maccalum semalam.

Beliau berkata pada kejadian pukul 1.50 petang itu, suspek memakai seragam polis bersama dua lagi rakannya yang berpakaian biasa telah merompak sebuah rumah selepas memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis dari cawangan narkotik dan jenayah berat.

"Polis masih memburu dua lagi rakannya dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan," katanya.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes cubaan membunuh teman wanitanya pada 5 Ogos lepas berjaya diberkas dalam sebuah restoran di Bukit Tambun petang Isnin.

Gan berkata pada kejadian pukul 11 pagi itu, suspek M. Kumarasingam, 28, dipercayai menolak teman wanitanya dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Batu Uban sehingga menyebabkan buku lali mangsa mengalami keretakan.

Beliau berkata suspek berasal dari Bagan Serai turut meloloskan diri dari tahanan polis ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, setelah dipukul orang awam.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh serta Seksyen 224 kerana melarikan diri dari tahanan polis. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan