Penjenayah Maut Selepas Nekad Terjun Bangunan Elak Dicekup Polis

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penjenayah maut selepas dipercayai cuba melarikan diri daripada dicekup polis apabila bertindak nekad terjun dari biliknya di sebuah hotel di Kepong, di sini, Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata suspek yang berumur 45 tahun itu bertindak melarikan diri dengan terjun dari tingkat tiga hotel berkenaan semasa polis menyerbu tempat persembunyiannya pada 12.10 tengah hari.

Lelaki itu mati dalam perjalanan ke hospital, katanya.

Sebelum itu, polis menerima maklumat berhubung seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar kawasan perumahan, menginap di hotel berkenaan.

"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau, dan kita masih siasat sekiranya suspek mempunyai hubungan dengan anggota kumpulan lain," katanya.

Beliau berkata suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan