Mayat Lelaki Ditemui Terdampar Di Pantai Batu Rakit

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mayat seorang lelaki, dipercayai rakyat asing ditemui terdampar di pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata mayat itu dijumpai penduduk kampung pada pukul 6.08 petang.

"Kami percaya mangsa warganegara asing kerana terdapat tatu pada bahagian badan mangsa," katanya.

Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat yang membengkak dan hampir reput, polis percaya lelaki itu mati lemas beberapa hari lepas.

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu.

Zamri berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan