Lelaki Dakwa Diugut Selepas Sertai Barisan Nasional

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang lelaki mendakwa diugut sekumpulan individu tidak dikenali selepas menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP), sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) dua hari lepas.

Shafie Peli, 46, yang menyertai PPP bersama kira-kira 200 penduduk di Kampung Lubuk Pukul, Banggu, di Kubang Kerian berkata dalam kejadian pada 3.30 petang Jumaat lepas, beliau didatangi seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang memasang khemah untuk ceramah parti itu di Kampung Pauh Dua, Mukim Lubuk Pukul.

"Lelaki itu memarahi saya kerana mengadakan ceramah yang dihadiri Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff tanpa meminta kebenaran daripadanya.

"Ketika sedang menaiki kereta selepas ceramah, saya sekali lagi ditahan empat individu yang tidak dikenali kira-kira 6.45 petang dan dihambur dengan kata-kata kesat dan berbaur ugutan oleh kumpulan lelaki itu," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Shafie, bekas anggota PAS seumur hidup yang menyertai parti itu kira-kira 20 tahun lalu, berkata beliau membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu Selasa.

Beliau berkata kemasukannya dan penduduk kampung ke dalam PPP kerana kecewa dengan perjuangan PAS yang disifatkan mereka telah hilang arah perjuangan.

"Kami menyertai PPP dengan rela hati dan mahu membantu BN memenangi Kelantan. Ugutan yang kami terima ini sama sekali tidak mematahkan hasrat berbakti kepada BN selepas apa yang kami taburkan untuk PAS selama ini adalah sia-sia," katanya.

Dua hari lepas, kira-kira 200 penduduk yang diketuai Shafie, menyerahkan borang menyertai PPP kepada Nik Sapeia pada satu majlis di Kampung Pauh Dua, Kubang Kerian selepas mendakwa mereka dikecewakan PAS yang tidak membela nasib penduduk di kampung itu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan