Lelaki Bersenjata Parang Larikan RM20,000 Dari Sebuah Bank Di Gelugor

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki bersenjata parang bertindak nekad menjadikan seorang pengawal keselamatan sebagai tebusan sebelum merompak RM20,000 dari sebuah bank di pasar raya besar Tesco di Gelugor di sini, Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian 11.45 pagi itu, suspek yang bertopeng dan bersenjatakan dua bilah parang meluru masuk ke bank itu lalu mengacukan senjatanya ke arah pengawal keselamatan itu yang berada di pintu masuk.

Lelaki berusia 20-an itu kemudiannya menjadikan pengawal keselamatan berkenaan sebagai tebusan sebelum memaksa juruwang di kaunter menyerahkan wang tunai kira-kira RM20,000 yang diisikannya dalam beg yang dibawa sebelum melarikan diri, katanya kepada pemberita.

Semasa kejadian terdapat enam orang pelanggan dan lima pekerja bank sedang berurusan, katanya.

Mazlan berkata, polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di sekitar pasar raya itu bagi menyiasat beberapa aspek termasuk mengenai arah suspek itu memasuki bank dan kenderaan yang dinaikinya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan," katanya.

Polis turut menahan dua pengawal keselamatan bank berkenaan bagi membantu siasatan dan salah seorang daripada mereka baru memulakan hari pertama bekerja di situ. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan