Lebih 300 Pati Ditahan Di Langkawi

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Seramai 354 orang pendatang asing tanpa izin dari Myammar ditahan di dalam dua buah bot di Kuala Chenang di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harith Kam Abdullah berkata seramai 143 orang yang terdiri daripada 94 lelaki, 18 wanita dan 31 kanak-kanak menaiki salah sebuah bot itu manakala bot kedua dinaiki 211 orang iaitu 207 lelaki dan empat kanak-kanak.

"Penahanan mereka dibuat hasil maklumat orang awam yang menyatakan terdapat dua bot yang berlabuh di Kuala Chenang kira-kira pukul 3 pagi tadi," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata para pendatang itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mereka akan diserahkan kepada pihak imigresen.

Sementara itu Harith Kam berkata beliau percaya 40 orang dari kumpulan tersebut telah memboloskan diri ke kawasan pantai dan meminta penduduk melapor jika melihat orang yang mencurigakan di kawasan mereka. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan