Tekong, 4 Lelaki Warga Indonesia Ditahan Cuba Seludup Masuk M'sia

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Seorang tekong dan empat lelaki warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas cuba menyeludup masuk ke negara ini di perairan Kuala Sepang, Selangor pada Sabtu lepas.

Pengarah Operasi APMM Daerah Lima Kuala Linggi, Komander Maritim V. Pannir Selvan berkata mereka berusia antara 30 dan 50 tahun berasal dari Dumai.

Katanya bot pemintas laju APMM mengesan sebuah bot pancung kira-kira 4.5 batu nautika barat daya dari Kampung Batu Laut, Selangor pada 9.50 malam setelah menerima maklumat awam.

Beliau berkata bot APMM yang dinaiki empat anggota itu kemudian mengarahkan bot pancung dengan 60 kuasa kuda tersebut untuk berhenti namun ia tidak diendahkan.

"Mereka memecut bot lebih laju ke arah pantai Tanjung Sepat dan memaksa pihak APMM mengejar bot tanpa plat pendaftaran itu selama 15 minit sebelum kesemua mereka berjaya ditahan di pantai tersebut," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, Isnin.

Katanya siasatan awal mendapati kesemua lelaki itu yang tidak mempunyai sebarang dokumen diri yang sah, pernah beberapa kali menyeludup masuk ke negara ini.

"Siasatan juga mendapati kesemua lelaki terlibat diberi kelonggaran untuk membayar tambang bot yang dinaiki sehingga mereka mendapat gaji pertama sebagai buruh di Sepang," katanya.

Pannir berkata pihaknya juga percaya penyeludupan masuk kesemua lelaki tersebut didalangi tekong darat yang menunggu mereka di suatu kawasan namun ia masih dalam siasatan lanjut.

Sementara itu, beliau berkata 33 migran dari pelbagai negara ditahan APMM Daerah Lima Kuala Linggi sepanjang tahun lepas melibatkan empat kes pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Katanya kejayaan itu merupakan hasil penguatkuasaan dan pemantauan berterusan APMM di sepanjang perairan negara serta hasil maklumat orang awam termasuk nelayan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan